BM | EN | 中文

KES DENGGI MENINGKAT 104 PERATUS, JOHOR AMBIL LANGKAH PROAKTIF

IMG-20191006-WA0008.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 6 OKT : Sebanyak 8,588 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negeri ini mengikut statistik dari minggu pertama hingga minggu ke-39, tahun ini.

Statistik ini menunjukkan peningkatan sebanyak 104.4 peratus berbanding sebanyak 4,210 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Susulan itu, kerajaan negeri telah mengambil tindakan segera supaya angka kes dan kematian tidak terus meningkat pada tahun ini dan tahun berikutnya di negeri ini.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, tindakan segera yang dijalankan adalah mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan aedes.

“Bagi mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan aedes sebagai punca denggi, kerajaan menjalankan gotong royong mega peringkat negeri bersama agensi dan komuniti.

“Pada 10 Mac lalu, Gotong Royong Mega Perangi Aedes siri satu peringkat negeri Johor telah dijalankan di Taman Scientex Johor Bahru,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pelancaran Majlis Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peingkat Negeri Johor di Ayer Hitam, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, beberapa daerah lain juga telah menjalankan gotong royong mega lebih awal iaitu daerah Tangkak dan Muar.

“Pada hari ini, sebanyak lapan daerah melaksanakan aktiviti cari dan musnah gotong royong hapus pembiakan aedes di lokaliti terpilih,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, untuk makluman, Johor antara penyumbang kes denggi tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Jumlah kematian akibat denggi di Johor pula mencecah sebanyak 23 kematian pada tahun ini berbanding hanya 13 kematian pada tahun lepas,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top