BM | EN | 中文

Kes denggi di Johor meningkat 9.2 peratus

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 OKT: Sebanyak 9,722 kes demam denggi dicatatkan di Johor bermula Januari 2020 sehingga kini, menunjukkan peningkatan 9.2 peratus berbanding tempoh sama pada 2019 dengan jumlah 8,903 kes.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, daripada jumlah kes dilaporkan dari minggu pertama 2020 sehingga minggu ini, 5,151 kes atau 53 peratus dilaporkan dari lokaliti wabak dan 4,571 kes (47 peratus) dari lokaliti bukan wabak.

“Pada minggu epid ke-41 juga 237 kes demam denggi dilaporkan.

Advertisement

“Bilangan ini menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu minggu epid ke-40 dengan 238 kes,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru itu katanya aktiviti sebaran maklumat pencegahan denggi telah dipergiatkan melalui infografik di platfrom media sosoal dan radio secara harian.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah memuatnaik infografik Situasi Denggi Negeri Johor dan Peta Lokaliti Wabak Denggi Mengikut Mukim Negeri Johor secara harian,” katanya.

Advertisement

Vidyanathan turut meminta masyarakat melakukan aktiviti mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk aedes selama 10 minit di kediaman dan tempat kerja.

“Ini bagi memastikan tiada tempat atau bekas menakung air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Sekiranya terdapat jentik-jentik di dalam bekas takungan air, ubat pembunuh jentik-jentik boleh digunakan di dalam bekas tersebut atau membuang takungan air seterusnya memberus bekas tersebut.

Advertisement

“Semua bekas yang digunakan untuk menakung air perlulah ditutup rapat.

“Masyarakat juga boleh menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk selain dari memakai seluar panjang atau baju berlengan panjang bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top