BM | EN | 中文

Kes Covid-19 tinggi, para guru di Johor perlu ambil iktibar – Adun Pulai Sebatang

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 23 OGOS: Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berharap para guru mengambil iktibar dengan bilangan kes positif Covid-19 dan jumlah kematian yang masih tinggi di negeri Johor.

Justeru itu katanya, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya kakitangan awam terutamanya golongan pendidik di Johor mengambil suntikan vaksin sebagai langkah melindungi diri, keluarga serta masyarakat wajar diambil perhatian.

“Saya bersetuju dan menjunjung titah DYMM Sultan Johor dan berharap agar usaha untuk mencapai imuniti kelompok harus diberi keutamaan dalam usaha memulihkan kehidupan rakyat dapat dicapai.

Advertisement

“Dalam pada itu, persediaan di kalangan guru untuk mengambil vaksin adalah sesuatu yang harus diberi perhatian bertepatan dengan langkah perlu sebelum sekolah dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Taqiuddin statistik Johor hari ini menunjukkan jumlah kumulatif kes postif adalah sebanyak 122 306 kes di mana 1367 kes baru dicatatkan.

Manakala bilangan mangsa terbaru yang telah meninggal dunia adalah 64 orang dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1593 orang. Bilangan kes aktif pula masih tinggi dengan jumlah sebanyak 22 895.

Advertisement

“Lebih membimbangkan, sudah ada kes yang melibatkan varian delta yang dilaporkan di negeri Johor di mana varian delta ini boleh merebak dengan sangat cepat kerana kadar kebolehjangkitannya yang sangat tinggi.

“Justeru antara ikhtiar bersama yang perlu diambil oleh kita semua adalah dengan mengambil vaksin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top