BM | EN | 中文

Kes Covid-19 terus meningkat ketika PKP, Menteri Kesihatan perlu bertanggungjawab

azhar-ismail.jpg
Advertisement

LEDANG, 7 MEI: Menteri terbabit dalam pelbagai portfolio khususnya kesihatan perlu bertanggungjawab susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di Malaysia.

Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Ledang, Azhar Ismail berkata peningkatan angka yang terus berlaku ini adalah bukti kegagalan kerajaan menguruskan pandemik dengan baik.

Ujarnya, setelah kerajaan mengumumkan darurat dan PKP ternyata ia tidak dapat membendung peningkatan itu dari terus berlaku.

Advertisement

“Apa lagi yang kerajaan nak buat? Sehingga hari ini kita lihat angka kes baharu Covid terus meningkat dan ini menunjukkan kerajaan gagal menguruskan keadaan yang berlaku hari ini.

“Kita bukan mahu menuding jari pada sesiapa. Tetapi lihat contohnya seperti Menteri Kesihatan dan timbalan-timbalannya.

“Mengapa bila mendapat pujian mereka sibuk menonjolkan muka, tapi bila bab masalah, rakyat dituding?

Advertisement

“Tidak puas dengan itu, mereka gunakan pula agama dan bangsa sebagai perisai untuk menyelamatkan diri dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengarut dan menyalahkan rakyat,” ujarnya.

Kata Azhar, tindakan kerajaan menyalahkan rakyat adalah kesan yang tidak baik sebuah pentadbiran kerajaan.

Antaranya kata Azhar, isu kadar kompaun tanpa budi bicara yang tinggi terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.

Advertisement

“Sikap pilih bulu atau ‘double standard’ yang diamalkan ini bukanlah suatu yang baik. Ia menjadi cerminan terhadap tadbir urus sesebuah kerajaan.

“INi akan membuatkan rakyat marah sekaligus tidak akan menghormati lagi undang-undang. Paling malang apabila pegawai penguatkuasa yang mahu menjalankan kerja akan dicop sebagai musuh mereka.

“Tetapi menteri dan golongan atasan hari ini seperti mempunyai ‘lesen besar’ meneruskan kegiatan harian dan dilihat kebal dari undang-undang,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top