BM | EN | 中文

Kes Covid-19 naik mendadak di Johor susulan saringan pekerja asing – Exco

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN: Peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Johor adalah susulan daripada saringan sukarela yang dijalankan pihak majikan terhadap pekerja warga asing sejak bulan Disember lepas, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan di lapangan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), punca utama pengenalan kes baharu dalam kalangan pekerja industri adalah disebabkan pergerakan mereka ke zon merah di luar negeri itu.

Katanya, ketidakpatuhan mereka kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu juga dikenal pasti menjadi antara penyumbang utama.

Advertisement

“Selain itu, penempatan warga asing yang tidak mematuhi SOP kerana sentiasa sesak dan sempit didapati turut menyumbang kepada penularan jangkitan yang cepat dalam kalangan mereka,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Vidyananthan berkata JKNJ sentiasa bertindak pantas dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi industri yang dilapor mempunyai kes positif COVID-19 yang tinggi.

Menurutnya, sehingga semalam, terdapat tiga asrama pekerja asing dikenakan PKPD iaitu Asrama Westlite Johor Bahru, Arama Westlite 1 dan Westlite 2 di Kulai serta Asrama Kejora Juara, Bukit Pasir di daerah Muar.

Advertisement

Semalam, Malaysia mencatatkan angka harian tertinggi iaitu 3,027 jangkitan baharu COVID-19, dengan Johor merekodkan kes harian tertinggi, menjangkau 1,103 kes.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top