BM | EN | 中文

Kes Covid-19 meningkat: Sultan Ibrahim titah semua MP, Adun Johor bermesyuarat

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MEI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar semua ahli Parlimen dan Adun Johor mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penularan wabak Covid-19 dan kesannya kepada penduduk negeri ini.

Baginda bertitah, sejak kebelakangan ini, Johor mencatatkan kes positif Covid-19 yang semakin tinggi dengan kes terbaharu dilaporkan semalam mencatatkan sebanyak 699 kes.

Tambah baginda pihak pentadbiran kerajaan, semua ahli parlimen dan Adun di Johor perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan wabak Covid19 segera dibendung dan pada masa yang sama mereka yang terkesan dibantu.

Advertisement

“Saya sedar akan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa menghalang persidangan Parlimen dan DUN untuk dijalankan ketika ini.

“Namun, saya rasa khidmat ahli parlimen dan Adun di Johor perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak ini.

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan di kalangan semua ahli parlimen dan Adun di negeri Johor dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Advertisement

“Melalui perbincangan ini, semua ahli parlimen dan Adun boleh memberikan buah fikiran dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak Covid-19 dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bangsa Johor,” titah baginda.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top