BM | EN | 中文

Kes Covid-19 meningkat: KPM didesak kaji semula buka sekolah September ini

khalim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 JUL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) didesak mempertimbangkan semula pembukaan sekolah secara bersemuka yang dicadangkan pada 1 September ini.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib, berkata kerajaan sebelum ini telah mempertimbangkan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak bawah 18 tahun dan perkara itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Tumpu dahulu terhadap program imunisasi kepada individu dibawah 18 tahun, baru fikir untuk buka sekolah.

Advertisement

“Jangan jadikan pelajar sebagai tikus makmal untuk menguji keberkesanan apa yang difikirkan kerajaan.

“Memang betul para guru sudah menjalani proses imunisasi lebih 60 peratus untuk dos pertama dan lebih 40 peratus untuk dua dos tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Hari ini kita maklum masih terdapat kanak-kanak yang bersekolah di pra sekolah atau tadika dijangkiti Covid ini. Adakah selamat untuk murid sekiranya sekolah dibuka nanti?” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menyokong pandangan para ilmuan yang menasihatkan agar sesi persekolah terus ditunda tahun ini dan dimulakan tahun hadapan.

Tambahnya, itu lebih baik sebagai langkah persediaan dan tumpuan kepada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (CITF) kepada golongan bawah 18 tahun.

“Fokus satu-satu dulu. Jangan tergesa-gesa nak buka sekolah dan sebagainya. Inilah kelemahan kerajaan yang tidak menumpukan pada satu-satu dasar yang dibuat mereka.

Advertisement

“Apal jaminan kerajaan sesi persekolahan bersemuka jika dibuka tidak mendatangkan musibah yang lebih besar seperti sebelum ini?

“Hari ini kita khuatir dengan peningkatan kes harian yang masih mencecah lima angka.

“Itu jelas menunjukkan ia tidak memberi kesan yang baik dalam jangka masa sebulan atau dua bulan mendatang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top