BM | EN | 中文

Kes Covid-19 lebih 13,000, apa rancangan kerajaan selepas ini?

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 15 JUL: Selepas keadaan rakyat semakin terdesak dengan rekod kes baharu Covid-19 melebihi 13,000, kerajaan digesa untuk membentangkan rancangan selanjutnya.

Pengerusi Kebajikan Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, rekod kes tertinggi yang dicatatkan hari ini membuktikan usaha kerajaan selama ini gagal.

“Apa lagi yang kerajaan nak buat? PKP sudah, PKPD sudah, Darurat sudah, ‘Lockdown’ pun sudah.

Advertisement

“Apa hasilnya adalah bebanan kepada rakyat yang terpaksa mengikut perut dengan tindakan kerajaan yang tidak bersungguh menyelesaikan masalah.

“Rakyat sudah muak dan rakyat terus tertekan,” tegasnya ketika dihubungi.

Kes baharu Covid-19 merekodkan angka tertinggi hari ini dengan 13,215 kes, hari ketiga berturut-turut melangkaui lima angka.

Advertisement

Tambah Serudin, kaedah mengurung rakyat dilihat sudah menjadi suatu yang tidak relevan lagi sekiranya kerajaan masih lemah dalam menangani masalah Covid ini.

“Mereka (kerajaan) yang lemah dalam pentadbiran sehinggakan angka Covid-19 naik mendadak.

“Tetapi hukuman kepada rakyat dengan mengurung mereka.

Advertisement

“Ekonomi rakyat, sosial, pendidikan dan pelbagai lagi masalah yang timbul tidak langsung diambil perhatian.

“Jadi apa nasib kami sebagai rakyat? soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top