BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura melonjak kepada 13,624

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 APR: Jumlah kes Covid-19 di Singapura kini melepasi angka 13,000 pada Ahad (26 April), selepas 931 kes lagi disahkan tengah hari ini.

Menurut laporan Channel New Asia yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) ia menjadikan jumlah kumulatif di republik itu kepada 13,624 kes.

Sebilangan besar kes terbaru adalah melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, selain 15 kes terdiri daripada warga Singapura atau penduduk tetap.

Advertisement

“Kami masih meneliti perincian kes, dan kemaskini lanjut akan dikongsi melalui siaran media MOH malam ini,” menurut kementerian itu.

Singapura kini berada dalam fasa “pemutus litar” (circuit breaker) untuk membendung penularan Covid19.

Ia pada mulanya dijadualkan berakhir pada 4 Mei namun dilanjutkan sehingga 1 Jun.

Advertisement

Kesemua sektor tidak utama telah ditutup dan penduduk diarahkan untuk tidak meninggalkan rumah kecuali untuk membeli makanan dan bahan keperluan atau bersenam secara berseorangan di kawasan kejiranan.

Wabak Covid-19 di republik itu telah meragut 12 nyawa manakala kematian terbaru adalah seorang wanita warga Singapura berusia 84 tahun yang dikenalpasti sebagai Kes 1071, pada Rabu lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top