BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura melonjak ke angka 23,336

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

SINGAPURA, 11 MEI: Singapura melaporkan 876 kes Covid-19 baru tengah hari semalam (10 Mei), menjadikan jumlah kes kumulatif di negara itu kepada 23,336 kes.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, 425 telah discaj dari hospital atau pusat pengasingan menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah pulih kepada 2.721 kes.

Dari 876 kes baharu, 860 adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja manakala 11 kes lain adalah pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Advertisement

“Jumlah kes baru pekerja yang diuji dengan gejala jangkitan pernafasan akut dengan kontaknya terus stabil.

“Jumlah kes harian terus meningkat kerana kami juga membuat ujian keatas pekerja yang sihat dan tidak bergejala, sebagai sebahagian daripada proses untuk mengesah dan menguji status setiap pekerja.

“Kami telah memulakan ujian intensif ini di asrama yang dibina khas, dan kini turut dilakukan di asrama kilang,” menurut kenyataan MOH.

Advertisement

Singapura kini memasuki minggu keenam tempoh “pemutus litar” untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Perintah “pemutus litar” (circuit breaker) oleh kerajaan republik itu yang dijadualkan berakhir pada 4 Mei namun telah dilanjutkan sehingga 1 Jun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top