BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura melonjak ke angka 18,205

singapura-covid-19.png

Gambar Ehsan orfonline.org

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MEI: Singapura melaporkan 657 jangkitan baharu Covid-19 pada tengah hari Ahad (3 Mei), menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kepada 18,205 kes.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, jumlah kes di kalangan pekerja asing menurun dan meningkat dalam tempoh beberapa hari ini.

“Ini kerana pelepasan kes-kes yang tertangguh sebelum ini oleh sebuah makmal,” menurut MOH dalam kenyataan kemasikini hariannya.

Advertisement

Kementerian itu turut berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan makmal untuk menstabilkan operasinya.

Dalam pada itu sebilangan besar jangkitan baru melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, manakala sepuluh kes terdiri daripada warganegara Singapura atau penduduk tetap.

Tambah kementerian itu lebih banyak maklumat mengenai kes-kes jangkitan akan dikeluarkan sambil menambah, pihaknya masih ‘meneliti perincian kes-kes tersebut’

Advertisement

Singapura kini memasuki minggu keempat dalam tempoh “pemutus litar” untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Manakala pada Sabtu, petugas dari pelbagai kementerian yang menangani wabak Covid-19 di Singapura mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan, melibatkan perkhidmatan dan perniagaan terpilih untuk beroperasi semula pada bulan ini.

Difahamkan, antara yang dibenarkan beroperasi termasuk pengamal perubatan tradisional Cina yang kini boleh menawarkan perkhidmatan akupunktur mulai 5 Mei.

Advertisement

Selain itu perniagaan makanan dari rumah, kedai runcit makanan terpilih dan syarikat pembuatan makanan boleh beroperasi semula mulai 12 Mei.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top