JOHOR BAHRU, 23 APR: Jumlah kes Covid-19 di Singapura telah melebihi 10.000, dengan 1.016 kes baru dilaporkan pada tengah hari Rabu (22 Apr).
Ia menjadikan kumulatif kes sehingga semalam adalah sebanyak 10,141 positif Covid-19.
Menurut Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, sebilangan besar kes baru melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing,
Dalam kemaskini terbarunya, MOH turut mengumumkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 12 kes.
Turut dilaporkan terdapat lapan kluster baru jangkitan Covid-19 menurut MOH iaitu tiga daripadanya terletak di Tuas View Square, dua di sepanjang Sungei Kadut Avenue dan setiap satu di Wing Fong Court, sebuah kondominium di Geylang dan Senoko Drive.
Lanjutan itu, kerajaan Singapura turut melanjutkan sekatan pergerakan (circuit breaker) sehingga 1 Jun depan.
Johorkini