BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura kini melonjak ke angka 15,641

singapore-covid-19.jpg

Gambar Ehsan aa.com.tr/

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 APR: Jumlah kes Covid-19 di Singapura melonjak ke angka 15,641 selepas 690 jangkitan baru dilaporkan pada tengah hari Rabu (29 Apr).

Sebilangan besar kes baharu adalah terdiri daripada pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, lapor Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik tersebut.

Difahamkan enam kes terdiri warga Singapura atau penduduk tetap.

Advertisement

“Kami masih meneliti perincian kes, dan kemaskini lanjut akan dimakllumkan melalui kenyataan media malam ini,” tambah kementerian itu.

Pengarah perkhidmatan perubatan MOH Kenneth Mak semasa taklimat media pada Selasa berkata, pekerja migran yang tinggal di asrama dan menunjukkan gejala Covid-19 diasingkan sebelum mereka diuji, sebagai langkah pencegahan daripada berpotensi menjangkiti orang lain.

Tambahnya, jumlah kes Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang dinyatakan dalam laporan rasmi – merangkumi jangkitan yang disahkan – dan mereka yang disyaki akan diuji untuk tujuan pengesahan sama dijangkiti ataupun telah sembuh.

Advertisement

Pihak berkuasa Singapura Selasa lalu mengumumkan kapasiti penjagaan kesihatan bagi menangani Covid-19 akan ditingkatkan dalam tempoh dua bulan dengan jumlah katil untuk mereka yang bergejala ringan sebanyak dua kali ganda pada akhir Jun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top