BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura kini 6,588

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Singapura kini mencatatkan 6,588 kes jangkitan Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Sebilangan besar mereka yang dijangkiti adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, menurut laporan Channel News Asia.

“Peningkatan utama terus berlaku di kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja, selari dengan usaha aktif berterusan MOH untuk melakukan ujian dan mengasingkan pekerja yang dijangkiti.

Advertisement

“Sebilangan besar kes mengalami gejala ringan dan dipantau di tempat pengasingan atau wad umum hospital. Tidak ada yang berada di unit rawatan rapi,” menurut kenyataan MOH.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor. Vidyananthan berkata Kerajaan negeri Johor mengambil perhatian serius mengenai perkara itu.

“Pada hari semalam juga, negara jiran kita Singapura telah mencatatkan pertambahan 596 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif positif di Singapura adalah 6,588 kes.

Advertisement

“Pertambahan ini merupakan jumlah kenaikan tertinggi yang telah dicatatkan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, kerajaan negeri akan terus memastikan prosedur kemasukan warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura dipantau melalui proses saringan yang ketat oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen (JIM) Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top