BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura kini 12,075

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 APR: Singapura mengesahkan 897 kes baharu Covid-19 tengah hari semalam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara itu kepada 12.075.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu, sembilan kluster baru turut dikenalpasti, termasuk di Strand Hotel dan Natureland East Coast, sebuah spa kesihatan.

Sebanyak 853 kes yang dilaporkan semalam melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja dengan sebilangan besar terdiri dari pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Advertisement

Difahamkan 13 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap, dan 12 daripadanya adalah pemegang pas kerja, manakala 19 lagi adalah pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Dalam pada itu, sebanyak 38 lagi kes telah discaj dari hospital atau pusat pengasingan, dengan jumlah keseluruhan 956 telah pulih sepenuhnya dari jangkitan Covid-19 di Singapura.

Pada masa ini terdapat 1,229 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dan kebanyakan pesakit dalam keadaaan stabil atau bertambah baik,

Advertisement

Sementara itu 24 pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu tambah MOH, jumlah pesakit yang dirawat dan dikuarantin di kemudahan komuniti berjumlah 9,878 orang.

“Mereka ini adalah yang mengalami gejala ringan, atau secara klinikal sihat tetapi diuji positif Covid-19,” kata MOH.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top