BM | EN | 中文

Kes Covid-19 di Singapura kini 11,178

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 APR: Singapura mengesahkan 1.037 kes baharu Covid-19 pada tengah hari Khamis (23 April), menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kepada 11.178 kes

Semalam adalah hari keempat berturut-turut Singapura dilaporkan mengalami peningkatan harian jangkitan Covid-19 melebihi 1,000 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dilaporkan Channel News Asia sebagai berkata sebilangan besar kes baru melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Advertisement

Sebanyak 982 kes yang dilaporkan semalam berkaitan dengan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja.

Menurut MOH peningkatan ketara semalam yang melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama, berikutan langkah kementerian itu yang menjalankan lebih banyak ujian banyak.

“Kebanyakan besar kes mengalami gejala ringan dan sedang dipantau di kawasan pengasingan atau wad umum hospital.Tidak ada yang berada di unit rawatan rapi,” tambah MOH

Advertisement

Sementara itu 30 kes lagi dikaitkan dengan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

Menurut MOH, jumlah kes baru di kalangan pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama meningkat, dari purata 16 kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 30 sehari minggu lalu.

Dalam pada itu 22 kes baru melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap, dan tiga daripadanya adalah pemegang pas kerja, mencatatkan peningkatan berbanding hari sebelumnya.

Advertisement

“Jumlah kes baru di dalam komuniti telah menurun, dari purata 34 kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 25 hari minggu lalu.

“Jumlah kes yang tidak berkaitan di dalam komuniti menurun sedikit, dari purata 20 kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 18 hari sehari minggu lalu,” menurut MOH.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top