BM | EN | 中文

Kes COVID-19 di Malaysia kini lebih 10,000

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Hari ini 62 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,031 kes.

Daripada 62 kes positif yang dilaporkan, 61 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, satu adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat 26 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,235 kes.

Sementara itu terdapat 15 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,031 kes dengan 92.06 peratus kadar sembuh bersamaan 9,235 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.28 peratus.

Sehingga kini sejumlah 668 kes aktif pada kadar 6.66 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top