BM | EN | 中文

Kes Bukit Payung sedang dibawa ke mahkamah, dibimbangi kontraktor ‘lari’ – NGO

Bukit-Payung-FB-Akmal-Leeya.jpg

Panorama dari puncak Bukit Payung, Batu Pahat/Muar (Gambar Ehsan FB Akmal Leeya)

Advertisement

BATU PAHAT, 6 OGOS: Kes pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Payung di Batu Pahat yang masih menjadi pertikaian di mahkamah boleh menyebabkan bakal kontraktor ‘lari’ dan tidak berminat untuk membida projek tersebut.

Wakil Persatuan Alam Warisan Bukit Payung, Eli@Abu Bakar Azmi berkata, selain dalam proses pendengaran di mahkamah, Bukit Payung juga kini dalam penelitian Jabatan Warisan Negara untuk diwartakan sebagai tapak warisan sejarah Johor.

“Kerajaan memang tak ada apa-apa halangan untuk membuka tender.

Advertisement

“Tetapi kalau buka tender, kes (Bukit Payung) dibawa ke mahkamah dan (Jabatan) Warisan sedang (teliti cadangan untuk) wartakan Bukit Payung sebagai tapak warisan.

“Tidakkah rugi bagi kontrakor-kontraktor yang membayar RM10,000 (harga dokumen bida), dan wang tidak dikembalikan? kata Abu Bakar kepada Johorkini.

Harga dokumen bagi ‘Pelawaan Untuk Mengemukakan’ (Request for Proposal) ‘Projek Waste To Energy (WTE) di Bukit Payong, Batu Pahat adalah sebanyak RM10,000 dan ia tidak akan dikembalikan.

Advertisement

Pada dokumen pemakluman itu menyatakan tarikh pendaftaran bagi mendapatkan maklumat tender adalah pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat, Johor.

“Jadi, kita kasihan kepada kontraktor-kontraktor yang melabur nak dapatkan tender, walaupun nilainya sekadar RM10,000,” kata Abu Bakar lagi.

Tambah beliau lagi, isu pewartaan Bukit Payung sebagai tapak warisan telahpun dibawa oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ke Dewan Rakyat.

Advertisement

Menurut Abu Bakar, jawapan daripada pihak kerajaan dijangka akan diperolehi dalam tempoh sesi parlimen yang kini sedang bersidang.

Mesyuarat kedua, penggal ketiga parlimen ke-14 2020 di Dewan Rakyat kini sedang berlangsung, bermula dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top