BM | EN | 中文

Kerugian bersih MSM susut kepada RM71.2 juta pada suku ketiga 2020

MSM-Fakhrunniam-Othman-CEO.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Kerugian bersih MSM Malaysia Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept 2020 menyusut kepada RM71.21 juta daripada RM185.10 juta tahun lepas.

Hasil meningkat 12 peratus kepada RM594.55 juta daripada RM531.69 juta berikutan peningkatan jumlah jualan eksport, menurut pengeluar gula itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Syarikat itu berkata ia menjangka persekitaran perniagaan kekal mencabar pada suku terakhir tahun ini, namun, kekal optimis terhadap rancangan pemulihannya dan keupayaan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan.

Advertisement

“Unjuran pada suku keempat 2020 kekal mencabar berikutan gangguan ekonomi di negara ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) untuk membendung penularan COVID-19,” katanya.

Menurut MSM, pelaksanaan PKPP menyebabkan perjumpaan sosial berkurangan dan perjalanan yang terhad, justeru, penggunaan gula di negara ini akan mengambil sedikit masa sebelum kembali kepada tahap pra-pandemik.

Di peringkat antarabangsa, MSM berkata pelabuhan destinasi eksport yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula, sekali gus memberikan hasil eksport yang stabil kepada syarikat itu.

Advertisement

Katanya, ia komited dan berada di landasan untuk meningkatkan kapasiti penggunaan MSM Johor yang akan mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan margin.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top