BM | EN | 中文

KEROSAKAN PAM PENGGALAK DI LRA SULTAN ISKANDAR-SEBAHAGIAN KAWASAN JOHOR BAHRU ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR

512x512bb.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT : Sebahagian kawasan di bandaraya ini mengalami gangguan bekalan air berikutan terdapat kerosakkan pam penggalak di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar dekat Pasir Gudang, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ia melibatkan lebih kurang 84,700 akaun pengguna membabitkan sebahagian kawasan Pasir Gudang, Masai, Tebrau dan bandaraya ini.

“Saya dimaklumkan oleh pihak Ranhill SAJ bahawa terdapat kerosakan pam penggalak di LRA Sultan Iskandar bermula pada pagi semalam (kelmarin).

Advertisement

“Pam Penggalak kebiasaan digunakan apabila paras air mentah merosot di empangan dan ketika ini juga, paras semasa Empangan Upper Layang berada di bawah paras kritikal.

“Keadaan ini menyebabkan air terpaksa di pam memnggunakan pam penggalak bagi memenuhi permintaan air terawat yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jimmy yang juga Adun Bukit Batu berkata, kerosakan pam penggalak itu menyebabkan berlaku pengurangan pengeluaran air bersih terawat berkurang sebanyak 53 peratus.

Advertisement

“Buat masa ini kerajaan negeri telah berbincang dengan pihak Ranhill SAJ dan mereka sedang berusaha mengoleh bekalan air dari pelbagai sumber termasuk sistem bekalan Gunung Pulai bagi membantu liputan di kawasan-kawasan terjejas.

“Proses membaik pulih sedang giat dijalankan dan bagi membantu pengguna, pihak Ranhill SAJ akan memberikan bantuan air bersih melalui lori tangki ke kawasan yang terjejas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga pukul 12.00 tengahari semalam, pam penggalak telah mula beroperasi namun masih belum lagi mencapai kapasiti yang diperlukan.

Advertisement

“Sekiranya pengguna masih berhadapan dengan masalah ketiadaan air, mereka diminta untuk menghubungi pihak Ranhill SAJ melalui talian mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474.

“Pada masa yang sama, pengguna dinasihatkan terus berhemah menggunakan air.

“Maklumat lanjut dan info terkini boleh didapati di laman sesawang www.ranhillsaj.com.my,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top