BM | EN | 中文

Kerjaya Anak Masa Depan Tidak Terjamin

teknokogi.jpg
Advertisement

Lambakan gajet dan perisian telefon pintar adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan akan terjadi oleh ibubapa zaman 70-an dan 80-an. Begitulah perkembangan teknologi semakin cepat dan canggih dari semasa ke semasa.

Ibu bapa hari ini pasti juga sukar meramalkan apakah yang bakal terjadi kepada masa depan anak-anak dengan teknologi yang semakin berkembang. Zaman yang disebut sebagai Revolusi Industri 4.0 masih lagi di zaman lani. Zaman anak-anak kelak tentu lebih hebat lagi.

Persoalannya apakah persediaan kita kepada anak-anak untuk memastikan kebolehan mereka diperlukan pasaran zamannya nanti?

Advertisement

Salah satu daripada bidang yang masih belum ramai anak-anak kita menguasainya ialah pengekodan (Coding).  Ia ditakrifkan di dalam Kamus Dewan sebagai “proses menulis senarai suruhan sebenar bagi sesuatu atur cara dalam bahasa pengaturcaraan komputer.”

Secara mudahnya, pengekodan ialah asas kepada sistem dalam mana-mana perisian, gajet dan mesin yang membolehkannya berfungsi. Permainan semudah “Tetris” pun memerlukan pengekodan untuk menyusun gerakannya.

Di China, kemajuan teknologi berkembang sangat pantas sehingga Kecerdasan Buatan (Artifical Intellegence) atau ringkasnya AI sudah menjadi tidak asing lagi. Segala peranti terkini mula dicipta menggunakan teknologi AI.

Advertisement

Penggunaan teknologi AI amat penting dalam menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu kerja dan tugasan itu sifatnya berulang-ulang atau rutin.

Mesin yang dilengkapkan dengan teknologi AI perlu ‘diajar’ dengan maklumat dan data yang banyak untuk menjadikannya lebih cerdas. Proses inilah memerlukan pengekodan oleh manusia.

Vita yang baru berusia 8 tahun kini mempunyai 60,000 pengikut dengan paparan video tutorial cara pengekodan mencecah lebih 1 juta tontonan. Vita ialah salah seorang daripada para pelajar di China yang sejak 10 tahun lalu sudah mula mempelajari pengekodan. Kini dia pula yang mengajarkannya secara dalam talian.

Advertisement

Di Israel, pengekodan merupakan subjek wajib di sekolah menengah. Britain juga memasukkan pengekodan dalam silibus pendidikan kebangsaan untuk pelajar seawal usia lima tahun. Kemasukan kolej di Zhejiang, China pula mewajibkan ujian pengekodan bermula 2018.

Seiring dengan sasaran China dalam “Made In China 2025”  sebagai kuasa besar teknologi dunia, kecenderungan ibubapa membekalkan anak-anak dengan ilmu pengekodan diharap mampu menawarkan kerjaya pada masa hadapan.

Namun, bagaimana dengan kita di Malaysia? Adakah kita berterusan akan menjadi masyarakat pengguna? Sedangkan dunia sudah mula membincangkan tentang teknologi AI bakal mengurangkan keperluan tenaga manusia dalam menjalankan tugas dan kerja.

Advertisement

Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia, dalam tempoh 10 tahun mendatang mesin bakal mengambilalih peranan manusia sebanyak 52 peratus.

Robot Picasso ciptaan tiga pelajar Perancis mampu mengalahkan pelukis. Dua buah bas pandu sendiri sudah mula berfungsi di Stockholm. Robot drone tentera pembunuh berjaya dicipta di Britain walaupun ditentang oleh kebanyakan negara.Pasaran saham di Jerman juga sudah menggunakan robot perunding kewangan yang terbukti lebih terjamin pengurusannya.

Semua kehebatan teknologi ini sebenarnya terletak kepada siapa yang menyediakan pengekodan dalam sistem robot dan mesin berkenaan. Inilah ruang yang terbuka luas untuk anak-anak kita menceburinya dengan serius dan mendalam.

Advertisement

Penguasaan ilmu pengekodan membolehkan manfaat lebih baik diciptakan. Kita di Malaysia juga pasti boleh melahirkan generasi yang dapat mencipta teknologi AI sesuai dengan kehendak tempatan dalam acuan sosio-budaya kita.

Alang-alang anak kecil kita kini sudah didedahkan dengan telefon pintar, perkenalkanlah mereka dengan apps “Kodable”, “Daisy The Dinasour”, “Think and Learn Code-a-Pillar”, “Gamestar Mechanic”, “Minecraft”, “Tynker”, “Nancy Drew: Codes & Clues – Mystery Coding Game” dan macam-macam lagi.

Kesemua apps di atas mengajar asas pengekodan mudah buat anak-anak. Biarlah mereka ‘gila’ belajar secara santai begini kerana kebanyakannya menghala kepada penghasilan “games” kanak-kanak. Siapa sangka anak-anak kita bijak mencipta permainan yang bermanfaat.

Advertisement

Rujukan

1)  https://www.thestar.com.my/news/regional/2019/12/11/coding-is-childs-play-for-8-year-old-chinese-tutor

2) https://www.scmp.com/tech/policy/article/3001956/chinese-children-take-coding-amid-countrys-lofty-goals-ai-other-hi-tech

Advertisement

3) http://www.astroawani.com/berita-teknologi/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai-213109

4) https://www.politico.eu/article/artificial-intelligence-robots-will-take-over-your-job-maybe/

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top