BM | EN | 中文

Kerjasama tulen bersama PM perlu fokus usaha selamatkan nyawa, ekonomi rakyat

lim-guan-eng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Kerjasama tulen bersama PM baharu, Datuk Seri Ismail Sabri perlu memberikan tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, usaha menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan memenangi COVID-19 dan membantu rakyat Malaysia mengatasi kemelesetan ekonomi serta reformasi institusi.

Katanya, tindakan itu adalah kunci kepada sebarang kerjasama tulen bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

“Perkara ini telah disampaikan kepada Ismail dalam pertemuan hampir satu jam setengah dengan beliau bersama Ketua Pembangkang pada 25 Ogos 2021, Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad bin Sabu,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pandemik COVID-19 dan masalah kewangan dihadapi rakyat biasa Malaysia berikutan kemelesetan ekonomi lebih penting daripada permainan “musical chair” politik yang dimainkan oleh gerakan politik oportunis mengejar jawatan dan kedudukan

“Reformasi parlimen dan pilihan raya juga akan membantu memastikan mandat rakyat dihormati, dan hak perlembagaan mereka dijunjung tinggi.

Advertisement

“Perlu ada Pelan Reset COVID-19 untuk melawan peningkatan jumlah jangkitan dan kematian yang terus meningkat tanpa kawalan dengan jumlah 1,616,244 kes dan 14,818 kematian pada 25 Ogos 2021 disebabkan oleh Kerajaan PN yang gagal.

“Kadar positiviti ujian telah melebihi 10 peratus selama 36 hari berturut-turut, menunjukkan jumlah ujian saringan yang tidak mencukupi di seluruh negara dan jumlah kes sebenar Covid-19 berkemungkinan besar lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan.

“Kadar positiviti adalah 13.22 peratus pada 25 Ogos, jauh melebihi tahap 5 peratus yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya lagi.

Advertisement

Atas sebab ini kata Guan Eng, vaksinasi dan ujian saringan massa perlu dipercepatkan sebagai langkah pencegahan yang berkesan untuk menghalang lonjakan COVID-19.

“PH telah mencadangkan penerapan saranan WHO dalam pelaksanaan Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokong serta Vaksinasi (FTTIS + V) berskala besar, dengan menyaring 1 peratus penduduk setiap hari atau 320,000 ujian.

“RM4 bilion perlu segera diperuntukkan untuk tujuan ini dan bagi meningkatkan sistem sokongan kesihatan dan tenaga kerja, terutama katil ICU serta penghantaran vaksin,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, Pelan Pemulihan Ekonomi Negara secara dwipartisan diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia dan perniagaan selain kehilangan pekerjaan, perniagaan dan pendapatan akibat kemelesetan ekonomi.

Tambah Guan Eng, negara kerugian lebih RM500 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP 1.0 pada bulan Mac 2020.

“Suntikan RM45 bilion dana langsung perlu disertakan dengan pengecualian faedah bagi moratorium pinjaman bank untuk baki tiga bulan tahun ini, kecuali Kumpulan 20 Teratas.

Advertisement

“Bantuan kebajikan masyarakat perlu dinaikkan kepada RM1,000 setiap bulan, termasuk kepada penganggur yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion sebulan.

“RM6 bilion perlu diperuntukkan bagi menawarkan insentif upah dan pengambilan pekerja untuk mewujudkan 300,000 pekerjaan baharu demi mengurangkan kadar pengangguran.

“Perniagaan perlu diberi RM30 bilion dalam bentuk geran, insentif kewangan, subsidi upah, sewa dan utiliti, bukannya pinjaman dan jaminan, demi menyelamatkan pekerjaan dan memperlahankan penutupan perniagaan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top