BM | EN | 中文

KERJASAMA STRATEGIK SWM ENVIRONMENT, SUNWAY ISKANDAR SUNTIK BUDAYA SUKAN LESTARI

sunway-pyramid.jpg

ISKANDAR PUTERI, 20 NOV : SWM Environment Sdn Bhd (SWM) dan Sunway Iskandar Sdn Bhd melakukan kerjasama strategik melalui acara larian Sunway Iskandar Night Half Marathon dalam usaha membentuk budaya sukan lestari dengan menyuntik amalan kitar semula.

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sunway Iskandar bagi memperhebatkan kempen kesedaran dan pendidikan kitar semula.

Menurutnya, ia sekaligus mendokong agenda masyarakat rendah karbon yang kini menjadi fokus utama kerajaan negeri Johor.

“SWM Environment juga mengalu-alukan langkah Sunway Iskandar mendidik 3,500 orang peserta larian untuk mengamalkan kaedah pengasingan sisa pepejal di punca.

“Melalui penyediaan tong sampah khusus bagi pembuangan sisa makanan dan botol plastik minuman mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 100 kilogram botol plastik minuman,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pihak SWM Environment menerima botol plastik minuman terkumpul daripada pihak Sunway Iskandar.

Ia sebagai simbolik jalinan kerjasama kempen kesedaran dan pendidikan kitar semula disamping memperkenalkan inisiatif kitar semula berganjaran, KITAR3CYCLE kepada warga Sunway Iskandar.

Jalinan kerjasama antara SWM Environment dan Sunway Iskandar tersebut merupakan permulaan yang amat baik dan signifikan sekali gus memperhebat usaha untuk menjayakan dan menterjemah matlamat kesihatan dan iesejahteraan di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG2030) di negeri Johor.

Orang ramai yang berminat untuk memanfaatkan perkhidmatan kutipan barangan kitar semula oleh pihak SWM Environment menerusi program kitar semula yang berganjaran tersebut boleh memuat turun aplikasi KITAR3CYCLE di Google Play dan Apps Store.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program KITAR3CYCLE, boleh menghubungi SWM Environment melalui WhatsApp 012618 0082 atau layari laman Facebook SWM Environment.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top