BM | EN | 中文

KERJASAMA STRATEGIK RTM, IPT PUPUK SEMANGAT MERDEKA

mb-johor-dr-sahruddin-jamal-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

PAGOH, 27 OGOS: Penganjuran program bagi menyemai semangat patriotisme di kalangan anak muda dengan kerjasama badan penyiaran seperti RTM perlu digiatkan.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ini kerana generasi muda memikul amanah untuk meneruskan legasi kemerdekaan yang ditinggalkan kerana semua kejayaan adalah hasil pengorbanan wira negara terdahulu.

“Ini jelas membuktikan RTM membawa peranan besar untuk bersama membantu kerajaan menerapkan pemahaman murni kepada generasi muda tentang semangat kebangsaan menerusi program dan siarannya iaitu melalui medium radio, televisyen mahupun media sosial.

Advertisement

“Sesungguhnya, kemerdekaan yang dirasai hari ini perlu diberikan penghayatan yang mendalam. Keamanan dan kesejahteraan negara pada hari ini tidak datang secara percuma,” kata Sahruddin.

Beliau berkata demikian pada majlis sempena Program Aspirasi Merdeka 2019 Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Johor di Politeknik Tun Syed Nasir di Pagoh, hari ini.

Sahruddin berkata, inisiatif RTM menerusi JOHORfm dan program turun padang memberi kesempatan untuk menterjemahkan rasa cinta dan sayang kepada negara melalui elemen kreativiti.

Advertisement

“Saya yakin dan percaya, pendekatan melalui kaedah komunikasi, pembinaan bakat dan potensi serta pengalaman di lapangan akan menyediakan belia berpengetahuan dengan kemantapan sahsiah terpuji,” katanya.

Dalam pada itu, Sahruddin yang juga Adun Bukit Kepong berkata, pengiktirafan kerajaan dalam memperkasa anak muda direalisasikan dengan Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Langkah tersebut memberikan gambaran terhadap kepercayaan kerajaan kepada kematangan generasi muda.

Advertisement

“Justeru, mereka perlu bijak menentukan masa depan negara dalam mengamalkan sistem demokrasi di usia lebih muda.

“Ingatlah bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyemarakkan semangat cintakan negara sekaligus membentuk jalinan kerjasama strategik yang erat daripada semua pihak,” kata Sahruddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top