BM | EN | 中文

Kerjasama Muafakat Nasional topik hangat mesyuarat UMNO di Johor

Pandak-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS: Kerjasama UMNO dan Pas menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN) dijangka menjadi topik hangat yang akan diusulkan pada mesyuarat perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian di negeri ini pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor, Pandak Ahmad berkata, perkara itu semestinya menjadi tumpuan apatah lagi susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara itu juga akan dibangkitkan dalam kesemua mesyuarat perwakilan di 26 UMNO bahagian bermula 18 Disember ini.

Advertisement

“Melihat kepada keputusan PRN Melaka baru-baru ini, BN telah memenangi dua pertiga daripada semua kerusi dipertandingkan. Sudah tentu perkara ini antara agenda yang akan dibawa.

“Mungkin ada juga perbincangan untuk memohon Pilihan Raya Umum (PRU) dipercepatkan melihatkan momentum kemenangan yang dikecapi parti ketika ini,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini semalam.

Advertisement

Pandak berkata, keputusan berhubung perbincangan itu juga akan dirumuskan oleh pimpinan tertinggi UMNO negeri untuk dibawa ke Persidangan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari depan.

Dalam pada itu, Pandak berkata, sehingga kini, semua mesyuarat perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian dapat dijalankan mengikut jadual tanpa sebarang masalah.

“Untuk cawangan kita ada 2,731 dan sehingga kini kita lihat tiada masalah dan semuanya boleh berjalan seperti biasa. Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan Covid-19, mungkin terdapat beberapa cawangan akan menggunakan kaedah maya memandangkan kapasiti dewan yang digunakan tak dapat menampung jumlah perwakilan yang ramai.

Advertisement

“Cuma satu bahagian sahaja iaitu di Sembrong, kerana Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pertahanan mempunyai urusan luar dan mohon diadakan pada 14 Disember, kita juga sudah luluskan,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkata, mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau hibrid mengikut situasi Covid-19 di kawasan masing-masing.

Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minimum satu perempat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada kadar tersebut selagi mengikut SOP yang dibenarkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top