BM | EN | 中文

Kerjasama KO-BEST dengan rakan niaga bangunkan produk halal

menteri-pembangunan.jpg

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berucap di Majlis MOU antara KO-BEST dan rakan niaga.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB: Kerjasama antara  Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (KO-BEST) dengan MyAngkasa dijangka dapat membangunkan produk halal bagi pasaran luar dan dalam negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata demikan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Persetujuan (MoU/MoA) antara KO-BEST Bersama Rakan-Rakan Niaga, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut beliau, kerjasama tersebut adalah untuk pembangunan serta pengeluaran produk halal gelatine, halal kapsul dan halal heparin untuk pasaran dalam dan luar negara.

Advertisement

“Kerjasama ini selari dengan Teras Strategik 3 Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

“Teras ini menggariskan sektor koperasi sebagai pemacu kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif.

“Pastinya kerjasama seperti ini dapat merangsang pembangunan keusahawanan koperasi ke arah yang lebih bersepadu dan holistik,”katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top