BM | EN | 中文

KERJASAMA ‘INFLUENCERS’ MEDIA SOSIAL PERHEBAT PROMOSI TMJ 2020

IMG-20191123-WA0034.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Sektor pelancongan negeri Johor akan bekerjasama dengan pencetus pengaruh media sosial dan penulis laman blog untuk menarik lebih ramai kehadiran kumpulan pelancong berdikari dan bebas (FIT), sempena Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ 2020).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung berkata kerjasama ini merupakan antara perkara yang akan diusahakan melalui  peruntukan RM15 juta yang disediakan untuk Tourism Johor.

Advertisement

“Seperti yang dilihat, ‘trend’ untuk pelancong pada masa kini bukan sahaja bergantung kepada kumpulan yang besar tetapi juga terhadap mereka yang berdikari dan bebas.

“Justeru itu, cara untuk kita menyasarkan kumpulan FIT ini, kita harus memperhebatkan lagi promosi di internet selain hanya di laman Facebook, Instagram dan lain-lain lagi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan Johor 2020 yang dibentangkan baru-baru ini.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan majlis penyerahan unit hiburan mudah alih Merlin’s Magic Wand oleh Legoland Malaysia Resort dan Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini, hari ini.

Advertisement

Cai Tung berkata dengan peruntukan RM15 juta yang disediakan, penambahbaikan platform digital merupakan antara perkara pertama yang akan dilaksanakan.

“Dalam perkara ini, pencetus pengaruh media sosial atau lebih dikenali ‘social media influencers’ mempunyai pengaruh yang tinggi bagi seseorang untuk memilih destinasi pelancongan.

“Dengan peningkatan sektor pelancong berdikari dan bebas ini, maka informasi berkenaan destinasi pelancongan di Johor akan diperhebatkan lagi di dalam platform digital,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya akan menambahbaik infrastruktur fasiliti di kawasan terpilih selain memberi tumpuan kepada promosi acara berkaitan TMJ 2020.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kerajaan negeri kepada sektor pelancongan di negeri Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top