BM | EN | 中文

KERJASAMA INDUSTRI, KYPJ PERSIAP PEKERJA MAHIR

PDT.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 NOV: Kerjasama pihak industri dengan Kumpulan Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) bakal melahirkan pekerja yang berkualiti, dinamik dan bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, persefahaman di antara sektor pendidikan dan industri memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara KYPJ dan Industri 2019 hari ini Aminolhuda berkata, perjanjian persefahaman (MOU tersebut sebagai pendorong bagi meningkatkan kerjasama sedia ada.

Advertisement

“Kerjasama ini akan melibatkan perkongsian data dan maklumat serta kepakaran bagi melahirkan pekerja yang berkualiti, dinamik serta menguasai Revolusi Industri 4.0.

“Diharapkan kerjasama industri dan KYPJ dapat saling berkongsi ilmu pengetahuan untuk menjayakan program-program yang telah dikenalpasti.

“(Ini) bagi meningkatkan kepakaran dan kecemerlangan pelajar-pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor pada masa-masa yang akan datang,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Aminolhuda turut mengumumkan sumbangan Pemodalan Darul Ta’zim (PDT) sebanyak RM1 juta bagi tabung Insentif Harapan Siswa.

“Semoga dengan adanya insentif ini dapat membantu pelajar-pelajar sasaran meneruskan pengajian dfi insitusi pengajian tinggi dengan lebih selesa.

“Kepada pelajar yang mendapat Insentif Harapan Siswa 2019 saya ucapkan tahniah dan syabas.

Advertisement

“Belajarlah bersungguh-sungguh semasa berada di Kolej Yayasan Pelajaran Johor ini.

“Gembirakanlah kedua ibubapa yang telah berkorban untuk melihat kalian berjaya,” kata Aminolhuda lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top