JOHOR BAHRU, 9 JAN: Syarikat pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai Motor mengumumkan akan menghasilkan kereta terbang untuk jaringan pengangkutan udara bagi Uber yang dijangka beroperasi pada 2023, isnin lalu.
Projek kerjasama dengan syarikat pengangkutan dari Amerika Syarikat, Uber Technologies akan mengeluarkan kenderaan dengan empat penumpang dalam skala automotif.
Menurut asiaone.com, kereta yang bakal dikeluarkan direka untuk terbang dengan kelajuan 100 kilometer sejam dan mempunyai kelajuan maksimum 290 kilometer sejam.
“Uber akan memulakan operasi secara komersial pada 2023,” menurut laman itu.
Menurut laman itu lagi, Hyundai merupakan pengeluar kereta pertama bekerjasama dengan Uber dalam projek ini
Menurut Ketua Uber Elevate, Eric Allison, dengan pengangkutan darat dan udara, Uber akan menawarkan penjimatan masa untuk pelanggan.
“Hanya apikasi Uber yang dapat menawarkan jaringan antara kereta, kereta api, basikal dan pesawat,” katanya.
JohorKini