BM | EN | 中文

“Kerja turap dan tampal jalan di lebuh raya Pasir Gudang tak penuhi spesifikasi” – Hassan Karim

Hassan-Karim-lebuh-raya-Pasir-Gudang-2.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 27 DIS: Kerosakan jalan di lebuh raya Pasir Gudang perlu dibaiki agar lebih berkualiti dan tahan lama, kata ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, masalah kerosakan di sepanjang laluan berkenaan telah lama berlaku, namun baikpulih dilakukan tidak dapat bertahan apabila kerja turap dan tampal yang dibuat tidak memenuhi spesifikasi.

“Saya selaku ahli parlimen Pasir Gudang telah berada di lebuhraya Pasir Gudang di laluan menuju ke arah Taman Perling untuk melihat sendiri kerja-kerja penampalan kawasan yang rosak sepanjang lebuhraya tersebut di zon berhampiran susur ke Plentong.

Advertisement

“Dari pengamatan saya, kerja-kerja penampalan dan penurapan itu tidak memenuhi standard dan spesifikasi,” kata Hassan dalam satu kenyataan.

Beliau semalam melakukan lawatan bagi melihat sendiri kerja-kerja penampalan kawasan yang rosak sepanjang lebuhraya tersebut di zon berhampiran susur ke Plentong.

“Walaupun saya bukan seorang jurutera namun saya dapat mengesahkan kerja-kerja pengorekan dan penampalan serta penurapan yang cetek lagi nipis itu akan menyebabkan tar yang diturap itu akan terbungkas semula apabila hujan tiba dan dilalui oleh kenderaan berat.

Advertisement

“Saya berharap jurutera JKR daerah Johor Bahru supaya turun padang memantau kerja-kerja pengorekan, penampalan dan penurapan yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang menggunakan buruh-buruh warga asing yang tidak terlatih dan menggunakan peralatan jenis usang seperti cangkul untuk membaiki Lebuhraya Pasir Gudang yang sudah rosak teruk itu.

“Jika tindakan pemantauan dan pemeriksaan tidak dilakukan oleh JKR maka saya bimbang kerajaan Persekutuan akan membazirkan wang rakyat berjuta ringgit untuk membaiki lebuhraya Pasir Gudang sepanjang masa tetapi kerosakan masih terus berlaku.

“Kita tidak mahu kerja-kerja pihak kontraktor yang tidak bermutu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top