BM | EN | 中文

Kerja selenggara jalan: “Lebih baik tutup JKR, serah kepada konsesi” – Adun Senggarang

Khairuddin-Abdul-Rahim-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 FEB: Kerajaan dicadangkan untuk menutup Jabatan Kerja Raya (JKR) dan menyerahkan kepada syarikat konsesi untuk menguruskan hal penyelenggaraan jalan.

‘Cadangan’ itu disuarakan Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim yang mendakwa tugas JKR selama ini dilihat seperti telah diserahkan kepada pihak konsesi.

“Tidak perlu lagi rasanya untuk JKR beroperasi sekiranya semua kerja termasuk kerja-kerja semakan kualiti kerja pun dilakukan oleh syarikat konsesi.

Advertisement

“Ternyata JKR hanya makan gaji buta kerana kerja mereka semuanya dilakukan oleh orang lain. Inilah perkara yang membimbangkan,” katanya.

Beliau sebelum ini mendedahkan kebarangkalian kontraktor kecil bumiputera gulung tikar selepas pemilihan konsesi.

Tegasnya, tindakan kerajaan dalam sistem tersebut adalah salah.

Advertisement

Jelasnya, banyak pihak semakin berani menyatakan pandangan berkenaan sistem yang menyisihkan kontraktor-kontraktor kecil.

“Sistem ini salah kerana tidak mungkin ada dua badan bagi menjalankan satu perkara yang sama. Duplikasi kerja menyebabkan pembaziran wang rakyat atau pembayaran cukai.

“Jika sistem penswastaan secara konsesi ini yang terbaik maka bahagian-bahagian kejuruteraan penyelenggaraan jalan di JKR, PBT dan Pejabat daerah wajar ditutup.

Advertisement

“Ia bukan sahaja menutup ruang kepada kontraktor kecil malah ia juga akan menjejaskan masa depan pelajar-pelajar program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ daripada pusat-pusat dan institusi kemahiran.

“Di Johor sahaja hampir 50,000 pelajar dan peluang mereka untuk bekerja dan berniaga pastinya menjadi sempit,” jelasnya lagi.

Pandangan Khairuddin berhubung isu agihan kerja selenggara jalan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk persatuan kontraktor.

Advertisement

Difahamkan terdapat enam syarikat konsesi diberi kuasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negara ini dengan salah satu daripadanya adalah Safwa Global Venture Sdn Bhd yang menjadi syarikat konsesi di negeri Johor.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top