BM | EN | 中文

KERJA MENAIKTARAF JETI BAGI MANFAATKAN NELAYAN DI TANJUNG PIAI

tosrin-4.jpg
Advertisement

PONTIAN, 9 OKT: Kerja menaiktaraf Jeti Pengkalan Nelayan Parit Penghulu Mukim Serkat, di sini akan dilaksanakan bagi memberikan kemudahan lebih 300 nelayan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, kerja-kerja tender akan dibuat akhir tahun ini.

“Projek menaiktaraf jeti ini dijangka akan bermula Januari tahun hadapan dan akan siap dalam tempoh enam bulan,” katanya kepada wartawan selepas melakukan tinjauan di jeti tersebut, di sini, semalam.

Advertisement

Tosrin yang merupakan Adun Bukit Permai berkata, kerja-kerja yang terlibat termasuklah pengukuran dan siasatan, pembinaan bangunan keselamatan, surau, bengkel dan kedai makanan serta pembinaan laluan pejalan kaki.

“Di sini, saya ingin jelaskan kepada rakyat, pihak kerajaan sentiasa berpegang kepada janji untuk membela nasib dan kepentingan nelayan-nelayan di seluruh negara khasnya di parlimen Tanjung Piai, di sini.

“Rancangan projek menaiktaraf jeti ini telah pun diluluskan dibawah projek pembangunan negeri Johor dimana janji untuk melaksanakan kerja-kerja ini telah pun di buat sebelum Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik meninggal dunia,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, tular satu video berdurasi tiga minit tiga puluh saat sejak dua hari lalu menunjukkan nelayan-nelayan di kawasan Tanjung Piai menyuarakan pendapat mereka berkenaan projek pembangunan jeti di situ.

Bersama video itu, satu status telah mendakwa nelayan-nelayan tersebut amat mengharapkan projek jeti, pembangunan nelayan dan prasarana agar dilaksanakan secepat mungkin demi mereka meneruskan kehidupan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top