BM | EN | 中文

Kerja Dari Rumah: Menteri diminta selaras maklumat, jangan kelirukan rakyat – Hannah

Hannah-Yeoh.jpg

Gambar Ehsan malaysiaworldnews.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa memuktamadkan semua Prosedur Operasi Tandard (SOP) sebelum dikeluarkan tanpa orang ramai perlu menunggu pengumuman kementerian lain sebagai rujukan.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata perkara itu menimbulkan kekeliruan sebagaimana SOP panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home yang terlalu umum dan sangat mengelirukan.

“Arahan yang mengelirukan dan setengah masak ini mengakibatkan ketidakpastian kepada masyarakat terutamanya komuniti perniagaan dan mereka yang berkeluarga.

Advertisement

“Mereka inilah yang paling terkesan kerana bagi sesebuah perniagaan, setiap hari begitu penting bagi mereka.

“Sektor perniagaan sedang menghadapi suasana kelembapan ekonomi dan berpotensi kehilangan lebih banyak peluang akibat ketidaktentuan ini.

“SOP yang kabur dan mengelirukan ini turut menyukarkan pegawai penguatkuasa menjalankan arahan dan mengakibatkan berlakunya ketidakadilan di kalangan orang awam,” kata Hannah dalam satu kenyataan.

Advertisement

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob semalam mengakui orang ramai kelihatan bingung dan mahu mencari lebih banyak maklumat.

Malah beliau ‘tergelak kecil’ atas kekeliruan arahan kerja dari rumah, dan membayangkan ramai orang tidak sabar untuk menunggu maklumat lebih lanjut daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Kata Ismail, pengumuman lanjut akan dikeluarkan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan memberikan perincian lebih lanjut mengenai perintah itu.

Advertisement

“Seperti yang saya jelaskan semalam bahawa ketua pengarah perkhidmatan awam dan Miti akan mengeluarkan kenyataan bagi memperincikan pekerja di sektor awam dan industri yang terlibat dengah arahan yang dikeluarkan ini,” kata Ismail.

Lanjutan itu kata Hannah kerajaan perlu segera menjelaskan kekeliruan ini dan memastikan denda tidak dikenakan kepada sesiapa yang didapati keliru dengan SOP yang dikeluarkan oleh kedua-dua Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya juga menggesa menteri yang bertanggungjawab segera belajar untuk menyelaras secara bersama sebelum sesuatu keputusan diambil.

Advertisement

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan sesuatu yang baharu, malah ianya telah bermula sejak bulan Mac lagi.

“Saya cuma mahu mengingatkan mereka yang masa untuk berbulan madu telah pun tamat.

“Saya juga menggesa Menteri Kanan Pertahanan berhenti mengadakan sidang media hariannya jika beliau tidak mempunyai apa-apa pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat,” katanya lagi,

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top