BM | EN | 中文

KERETA TERBABAS SEBELUM MELETUP DAN TEBAKAR

accident-15.jpg
Advertisement

MERSING, 4 NOV : Seorang pemandu wanita bersama tiga penumpang terselamat selepas kereta dinaiki terbabas sebelum meletup dan terbakar dalam kemalangan berlaku di KM 41 Jalan Kota Tinggi – Mersing, pagi tadi.

Paip air utama yang dilanggar dalam kemalangan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima panggilan kira-kira jam 5.50 pagi dari orang awam menyatakan terdapat kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia.

“Pemandu kereta seorang perempuan Melayu bersama tiga orang penumpang lain dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menuju ke arah Mersing.

Advertisement

“Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai kereta Perodua Axia hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan dan melanggar paip utama air berhampiran.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu dan semua penumpang telah berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari kenderaan tersebut.

“Beberapa minit kemudian, Perodua Axia berkenaan telah meletup secara tiba-tiba lalu terbakar,” katanya ketika dihubungi JohorKini, hari ini.

Advertisement

Namun, tiada kemalangan jiwa dalam kemalangan tersebut dan kesemua mangsa yang terlibat juga tidak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Mersing diketuai Pegawai Operasi Pegawai Bomba Sallehudin Rubaie turut bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kejadian pada jam 5.55 pagi.

Kebakaran berkenaan menyebabkan kemusnahan 90 peratus pada kenderaan tersebut dan pihak bomba menamatkan operasi pada jam 6.50 pagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top