BM | EN | 中文

Kereta Perodua Axia tercampak dalam gaung sedalam 10 kaki

perodua-axia-1-01-scaled.jpg

Kereta Perodua Axia tercampak ke dalam gaung sedalam 10 kaki dalam kemalangan di Simpang Gugusan Felda Adela.

Advertisement

KOTA TINGGI, 20 JAN : Sebuah kereta Perodua Axia tercampak ke dalam gaung sedalam 10 kaki dalam kejadian kemalangan jalanraya berlaku di Simpang Gugusan Felda Adela.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kemalangan itu pada jam 7 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia terbabas dan tercampak ke dalam gaung sejauh 10 kaki.

“Bagaimanapun tiada mangsa ditemui di dalam dan sekitar kawasan kejadian.

“Setelah memastikan tiada sebarang kemerbahayaan pihak bomba balik ke balai,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top