BM | EN | 中文

KERETA PECAH, TELEFON BIMBIT DIRAMPAS SELEPAS PERSELISIHAN FAHAM

IMG-20191018-WA0005.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 OKT: Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM8,000 selepas terbabit dalam satu perselisihan faham di laluan kecemasan berdekatan Tanjung Kupang di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 8 pagi semalam, mangsa kehilangan sebuah telefon bimbit selain cermin dan pintu keretanya dipecahkan.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang memandu ke Singapura itu telah dilanggar oleh sebuah lori sebelum berlaku perselisihan faham antara kedua pemandu tersebut.

Advertisement

“Mangsa yang berumur 39 tahun itu kemudian telah terlibat dalam satu pertengkaran mulut sebelum suspek bertindak untuk memecahkan cermin dan pintu kereta mangsa jenis BMW 530i.

“Kejadian telah menyebabkan mangsa untuk merakam perbuatan tersebut sebelum telefon bimbitnya dirampas oleh suspek dan dibawa lari,” katanya dalam satu kenyataan disini.

Dzulkhairi berkata, mangsa juga sempat meminta bantuan pihak kastam Singapura mengenai telefon bimbit yang dirampas oleh pemandu lori tersebut tetapi selepas melakukan pemeriksaan, telefon bimbit itu tidak dijumpai.

Advertisement

Tambahnya lagi, mangsa tidak mengalami sebarang kecedaraan selain mengalami kerugian sebanyak RM7,000 kerana kerosakan kereta dan RM1,000 kerana kehilangan telefon bimbitnya.

Beliau berkata usaha untuk mengesan dan tangkap saspek terus dijalankan selain siasatan kes diteruskan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top