BM | EN | 中文

Kerenah birokrasi bantutkan pembangunan ekonomi Felda

felda-peneroka.jpg

KOTA TINGGI, 15 SEPT: Pembangunan ekonomi Felda yang diperjuangkan selama ini kini dipersoalkan keberhasilannya.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman membangkitkan sama ada Program Pembangunan Peneroka (PPP) melalui dana yang begitu besar telah memberi manfaat kepada Generasi Baharu Felda.

Antaranya kata Mazlan melibatkan program di kawasan Felda di Lahad Datu, Sabah.

Mazlan Aliman

“Dengan keluasan ladang 105,000 hektar di daerah Lahad Datu dan sokongan kerajaan negeri, memang terdapat anak muda tempatan yang mengusahakan ternakan lembu tapi berskala kecil atas faktor kewangan.

“Potensi hub ternakan di Gugusan Sahabat telah disuarakan sejak sekian lama, bahkan sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Perbincangan strategik antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, turut hadir perbincangan.

“MPNF turut memberi respon kepada kenyataan Perdana Menteri ketika itu agar tanah rezab atau poket di Felda ada projek pertanian sebagai pendapatan sampingan.

“Bukan itu sahaja, sewaktu proses tanam semula sama ada sawit mau pun getah, sementara menunggu hasil tanaman seperti nenas adalah antara pilihan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu Mazlan turut menyambut baik saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed agar Gugusan Sahabat dibangunkan sebagai hub ternakan negara.

Namun beliau menyentuh soal kos yang dikemukakan dalam Kertas Putih Felda.

“Melalui Kertas Putih, sejumlah RM 1 billion atau RM 250 juta setahun (selama 4 tahun operasi) diperuntukkan untuk projek ekonomi di Felda.

“Isunya sejauh mana PPP melalui dana yang begitu besar telah memberikan manfaat khususnya kepada Generasi Baharu Felda yang memerlukan.

“Inilah kelompok majoriti di Felda yang telah terlibat dengan aktiviti pertanian dan ternakan.

“MPNF berharap agar mekanisme pembangunan ekonomi di Felda disusun semula dan pembabitan langsung Ngo-Ngo felda seperti Ngo ANAK, KAF, MBFM, SGK2F, Alumni Asrama Semai Bakti Felda dan lain-lain,” katanya lagi.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top