BM | EN | 中文

Kerap alami banjir, penduduk Desa Sri Banang, Batu Pahat kecewa kerajaan Johor tak prihatin

desa-sri-banang-batu-pahat-banjir.png
Advertisement

BATU PAHAT, 19 NOV: Permintaan penduduk di Desa Sri Banang, disini untuk kerajaan membina benteng di kawasan laut berhampiran perumahan itu masih tidak menemui jawapan.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud berkata, ia menunjukkan kerajaan Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar (MB) Datuk Hasni Mohamad tidak prihatin dengan nasib rakyat di kawasan itu.

“Sudah berulang kali dibawa oleh pelbagai pihak termasuk Adun dan pemimpin tempatan kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan dan jawapan dari kerajaan.

Advertisement

“Kita kesal dengan sikap ambil sambil lewa dari pihak kerajaan yang jelas tidak cakna dengan nasib dari penduduk di sana.

“Ini menggambarkan kerajaan hari ini lemah mentadbir negeri ini sekaligus membayangkan bahawa Datuk Hasni lemah sebagai MB di Johor,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu sebelum ini, Adun Senggarang dari Parti Amanah, Ir Khairuddin A Rahim telah membawa perkara kepada pihak berwajib dan ke sidang dewan undangan negeri (DUN) Johor.

Advertisement

Tambah Serudin lagi, kelemahan Hasni menjaga kebajikan rakyat semakin jelas kebelakangan ini, akibat ketidakupayaan beliau mentadbir serta menguruskan kumpulannya.

“Datuk Hasni perlu mencerminkan sikap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Menteri Besar.

“Jangan sibuk menguruskan politik sahaja dengan membiarkan keprihatinan terhadap rakyat dibakulsampahkan.

Advertisement

“Kita desak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini serta memberi jawapan kepada isu yang berbangkit,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top