BM | EN | 中文

Kerajaan zalim, arah rakyat keluar rumah PPR Kempas ketika pandemik Covid-19

notis-pengosongan-premis-ppr-kempas-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUL: Kerajaan Johor dianggap zalim apabila bertindak mengeluarkan notis kepada beberapa penduduk di PPR Kempas Permai untuk mengosongkan rumah mereka.

Timbalan Ketua Kawasan Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulai, Azam Haron berkata, arahan mengosongkan rumah menyukarkan penduduk yang terpaksa mencari rumah baharu.

Azam Haron

Ujarnya lagi, kerajaan perlu mempertimbangkan keputusan itu kerana penduduk yang diarah keluar dalam keadaan terdesak ditambah penderitaan akibat pandemik Covid-19 selain hilang punca pendapatan.

Advertisement

“Tindakan ini perlu dipertimbang kerana keadaan hari ini sangat sukar untuk mendapatkan rumah baharu dan notis yang diberikan secara mendadak adalah tidak patut.

“Kerajaan perlu menyenaraikan sebab mereka diarah keluar rumah agar mereka tahu sebabnya,” ujarnya.

Beliau menyarankan kerajaan memberikan peluang kepada penduduk di PPR tersebut.

Advertisement

“Kerajaan kena berikan mereka peluang membela diri dengan memohon kepada penduduk agar menghantar surat pembelaan sebelum dikenakan sebarang tindakan.

“Walaupun dikawal selia oleh sebuah agensi yang dilantik oleh kerajaan, namun ia adalah arahan dari pihak kerajaan negeri (Johor).

“Saya juga memohon agar kerajaan mempertimbangkan budi bicara terhadap penduduk PPR yang dihalau untuk rundingan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top