BM | EN | 中文

Kerajaan yang tak stabil bimbangkan rakyat

Sharon-Teo-Siew-Hui.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 APR: Masalah ketidakstabilan politik hari ini membimbangkan rakyat yang mengharapkan nasib mereka terus terjamin.

Pegawai media ahli parlimen Pulai, Sharon Teo berkata wujud kebimbangan khususnya penduduk kawasan bandar yang terhimpit akibat kesan ekonomi selain kelewatan tindakan pihak kerajaan dalam pelbagai isu.

“Rata-rata rakyat semakin bimbang khususnya kaum Cina dengan menunjukkan tahap kepercayaan mereka terhadap kerajaan semakin pupus.

Advertisement

“Ekonomi rakyat ketika ini amat tenat. Boleh dikatakan sistem yang lemah ini tidak meyakinkan rakyat untuk terus meletakkan harapan kepada kerajaan.

“Selain itu masalah sosial dan masalah psikologi mudah berlaku akibat tekanan hidup,” jelasnya.

Menjawab isu boikot sesama pemimpin dalam kerajaan hari ini, beliau tidak menafikan perkara itu antara punca kelewatan sebarang tindakan.

Advertisement

“Contohnya di Johor, kita boleh lihat bagaimana Exco dan MB (Menteri Besar) bercakaran sesama sendiri kerana tidak sependapat dalam matlamat politik masing-masing.

“Jadi di situlah punca kelemahan tindakan itu berlaku kerana masing-masing mahu menempa nama atau memboikot di antara mereka,” jelasnya lagi.

Tambah Sharon lagi, perkara ini perlu diatasi dengan kerajaan dengan mengambil langkah untuk tidak pilih bulu dalam mengagihkan bantuan kepada semua wakil rakyat.

Advertisement

“Semua ahli parlimen dan Adun dari pembangkang perlu diberikan peruntukan sama rata agar mereka dapat memberikan bantuan kepada rakyat.

“Kerajaan juga perlu bersedia mendengar keluhan pelbagai pihak tidak kira dari siapa pun baik dari yang pro mereka, pro pembangkang mahu pun mereka yang tidak berparti,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top