BM | EN | 中文

Kerajaan tidak ada kemampuan tangani masalah kenaikan harga barang

Syed-Othman-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Kerajaan hari ini dilihat gagal menangani kenaikan harga barang mentah di pasaran yang agak membimbangkan.

Menurut ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, kerajaan seperti tidak bersungguh dalam menyelesaikan krisis kenaikan harga barang mentah tersebut.

Antara harga barangan yang menjadi pertikaian orang ramai seperti ayam, minyak masak dan beberapa sayuran lain di pasaran.

Advertisement

Syed Othman berkata, kerajaan sebelum ini telah berjanji akan menyelesaikan masalah yang berbangkit namun sehingga kini perkara itu tidak menemui penyelesaian yang baik.

“Rakyat terus terhukum dengan kegagalan kerajaan dalam menangani masalah kenaikan harga barangan tersebut.

“Mana Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab? Jangan hanya pandai bercakap soal politik semata tetapi isu harga barang yang berkait rapat dengan rakyat tidak mampu diselesaikan.

Advertisement

“Ini gambaran kerajaan pimpinan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob ini gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya kepada media.

ADUN Ketari Young Shefura Othman dalam kenyataan sebelum ini menggesa kerajaan agar segera turun ke padang menjalankan siasatan untuk membendung masalah kenaikan harga barang makanan mentah yang semakin tidak munasabah dan membebankan kebelakangan ini.

Beliau berkata, banyak rungutan dan aduan daripada golongan petani bahawa harga racun dan baja untuk tujuan pertanian naik mendadak.

Advertisement

Ini katanya, menyebabkan harga barangan makanan seperti ayam, telur dan sayuran naik sehingga 200 peratus.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top