BM | EN | 中文

Kerajaan tak usah tergesa umum kelonggaran

Zainuzabha-Baharom-AMANAH.jpg
Advertisement

PONTIAN, 10 OGOS : Kerajaan diminta mendengar terlebih dahulu pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan melonggarkan sekatan pergerakan yang dilihat sebagai langkah tergesa-gesa.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, kerajaan perlu menilai semula keputusan itu kerana keutamaan hari ini adalah meningkatkan sistem imunisasi rakyat, bukannya memberi harapan yang akan menimbulkan pelbagai masalah.

“Pengumuman ini hanyalah sebagai suatu harapan yang akan mendedahkan rakyat kepada risiko yang lebih besar.

Advertisement

“Saya nasihatkan agar kerajaan mendengar ulasan pakar serta memanggil mereka untuk dibahaskan perkara tersebut bukan membuat keputusan dengan sebelah suara sahaja.

“Kita bimbang kelonggaran yang sebelum ini pernah diberikan telah mendatangkan masalah peningkatan kes baharu serta kematian,” katanya.

Zainuzabha turut mempersoalkan piawai digunakan kerajaan untuk melonggarkan SOP di beberapa buah negeri.

Advertisement

“Apa ukuran kerajaan untuk memberikan kelonggaran kepada negeri-negeri yang disebutkan?

“Apakah keyakinan kerajaan bahawa perkara tersebut tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang?

“Kerajaan perlu bentang secara terperinci, bukan hanya membuat pengumuman secara spontan yang dilihat sebagai langkah tergesa-gesa.

Advertisement

“Kematian meningkat saban hari juga adalah faktor kebimbangan yang dihadapi rakyat, tetapi kerajaan mengambil langkah sebaliknya dengan melonggarkan SOP.

“Ini tidak masuk akal,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top