BM | EN | 中文

‘Kerajaan tak boleh terburu-buru buka tender tapak pelupusan sampah Bukit Payung” – NGO

gsbp.png
Advertisement

BATU PAHAT, 3 OGOS: Kerajaan tidak boleh terburu-buru untuk membuka tawaran tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal di Bukit Payung, Batu Pahat.

Wakil Persatuan Alam Warisan Bukit Payung, Eli@Abu Bakar Azmi berkata, ini kerana pihak kerajaan masih belum menjawab alasan di mahkamah sebab Bukit Payung dipilih sebagai tapak pelupusan sisa pepejal.

“Kerajaan tak boleh terburu-buru buka tender dan perlu menjawab dahulu di mahkamah.

Advertisement

“Mahkamah memberitahu kita, kerajaan hendak beri alasan kenapa Bukit Payung dipilih (sebagai tapak pelupusan sisa pepejal),” kata Eli ketika dihubungi.

Pada 15 Julai, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Persatuan Alam Warisan Bukit Payung bagi menghentikan kerja-kerja pembinaan tapak sisa pepejal di kawasan itu.

Dalam permohohan itu, Persatuan Alam Warisan Bukit Payung memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan kerajaan Johor dari meneruskan pembinaan tapak sisa pepejal di Bukit Payung.

Advertisement

Tiga responden yang dinyatakan dalam permohohan tersebut adalah Kerajaan Negeri Johor, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

[VIDEO] Selamatkan Bukit Payung, Johor!! – Isu Projek Tapak Pelupusan Sampah

Permohonan turut meminta suatu perintah bahawa kesemua prosiding dan/atau keputusan tersebut termasuk sebarang tindakan berlanjutan dengan keputusan tersebut digantung sementara menunggu perlupusan secara muktamad Permohonan Kajian Semula Kehakiman.

Advertisement

Pendengaran balas responden seharusnya dibuat pada 29 Julai dan akan dibalas peguam Persatuan Alam Warisan Bukit Payung pada 12 Ogos.

Namun kata Eli, sehingga 29 Julai, kerajaan masih tidak memfailkan kepada mahkamah bagi menjawab alasan pemilihan Bukit Payung sebagai tapak projek pelupusan sisa pepejal.

“Kenapa tender dibuka untuk 10 haribulan (Ogos)? Itu satu persoalan yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Semalam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengeluarkan tawaran tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal ‘Waste To Energy’ di Bukit Payung, Batu Pahat.

Tawaran ‘Projek Waste To Energy (WTE) di Bukit Payong, Batu Pahat, Johor Secara Kerjasama Awam Swasta’ dikeluarkan Jabatan Penguruan Sisa Pepejal Negara dan KPKT.

Dokumen itu turut menyatakan tarikh pendaftaran bagi mendapatkan maklumat tender iaitu pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat, Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top