BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor wujudkan majlis perpaduan dan integrasi

dr-siti-mariah-mahmud.png

Fambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan Selangor mewujudkan Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) yang bertindak sebagai badan penasihat dan pemikir berkaitan polisi perpaduan di negeri itu.

Exco Perpaduan Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Institut Darul Ehsan (IDE), Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa badan bukan kerajaan(NGO) bagi merangka dasar tersebut.

“Ini merupakan kali pertama kerajaan negeri mewujudkan satu portfolio perpaduan dan integrasi baharu yang mana bermula daripada kosong.

Advertisement

“Langkah ini diambil untuk merangka dasar perpaduan Selangor yang praktikal dan tidak hanya bersifat retorik,” kata Dr Siti Mariah, lapor SelangorKini

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan webinar sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 bertajuk Konsep Demokrasi dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Cabaran, Halangan dan Masa Depan menerusi Facebook Universiti Selangor hari ini.

Pada masa sama, Dr Siti Mariah berkata sepanjang bulan kemerdekaan pihaknya juga menganjurkan beberapa program secara dalam talian untuk mendapat maklum balas rakyat.

Advertisement

“Maklum balas ini diperlukan bagi membantu mewujudkan dasar perpaduan di Selangor.

“…Di samping kita juga akan melaksanakan satu sidang bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 19 September nanti bagi memberi ruang kepada rakyat berdiskusi bersama pemimpin mengenai perpaduan,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin mengumumkan kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta untuk menggerak usaha perpaduan dan integrasi negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor di bawah pimpinan Dr Siti Mariah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top