BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor tumpu lapan aspek utama jayakan agenda pendigitalan usahawan

rodziah-ismail-Exco-selangor.jpg

Gambar Ehsan FB Rodziah Ismail

Advertisement

SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan Selangor menggariskan lapan aspek utama akan ditumpukan tahun ini bagi merealisasikan agenda pendigitalan dalam kalangan usahawan dan peniaga kecil.

Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata ketetapan itu dicapai melalui sesi sanggar kerja (retreat) bersama pemain industri baru-baru ini yang antara lain membincangkan hala tuju di bawah portfolionya.

Rodziah Ismmenjelaskan penerapan pendigitalan penting pada masa kini bagi membantu usahawan menjana pendapatan terutama dalam mendepani cabaran ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Advertisement

“Covid-19 yang melanda negara bermula tahun lalu membuka lembaran baharu dalam strategi perniagaan dan perusahaan di Selangor.

“Bermula sekecil-kecil perniagaan dari rumah sehingga perusahaan kecil dan sederhana, penerapan pendigitalan memberi nafas baharu kepada mereka yang masih bergelut mencari jalan keluar,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut Rodziah, aspek yang digariskan adalah

Advertisement

1. Pelesenan – Meneliti dasar atau bentuk pelesenan baharu yang perlu dikuat kuasakan

2. Pinjaman – Tidak memfokuskan pinjaman berbentuk wang ringgit sebaliknya membantu peniaga memiliki perkakas perniagaan

3. E-Dompet – Memastikan semua peniaga atau penjaja kecil menggunakan e-dompet supaya mereka bersedia memulakan langkah Selangor tanpa tunai tahun hadapan

Advertisement

4. Pemasaran – Menggalakkan peniaga menggunakan platform pemasaran dalam talian menerusi Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH)

5. Periklanan – Mewujudkan sebuah platform bersepadu bagi memudahkan proses pemasaran, hebahan dan periklanan

6. Media sosial – Memperbanyakkan pasaran produk atau program keusahawanan di media sosial

Advertisement

7. Individu berpengaruh – Menggandingkan golongan ini untuk mempromosikan produk usahawan tempatan dan program keusahawanan

8. Jelajah Usahawan Digital Selangor – Meneruskan program ini bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkemas taklimat kepada masyarakat supaya mereka dapat menceburi program bersesuaian

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top