BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor tubuh jawatankuasa tangani kes keganasan rumah tangga

Dr_Siti_Mariah_Selangor.jpg

Gambar Ehsan SAYS

Advertisement

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa melibatkan pemegang taruh bagi menangani isu keganasan rumah tangga.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jawatankuasa Penyelarasan Isu Keganasan Rumah Tangga berfungsi sebagai kumpulan pemikir yang akan membuat perancangan dan pelan tindakan khusus melalui kerjasama strategik.

Dalam masa sama, katanya, ia turut mengadakan beberapa siri seminar dalam talian untuk berkongsi input serta tindakan dalam usaha membendung masalah berkenaan.

Advertisement

“Kami mengambil serius terhadap statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berhubung peningkatan 80 peratus kes keganasan rumah tangga sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

“Kes ini juga dilaporkan mendadak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berharap semua pihak membantu serta memberi sokongan terhadap usaha menghentikan jenayah terbabit.

Advertisement

Terdahulu SelangorKini melaporkan, satu sidang meja bulat berhubung keganasan rumah tangga dijalankan secara maya disertai 46 pemegang taruh di negeri itu.

Antaranya JKM, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, polis serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu persendirian.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top