BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor teruskan saringan percuma Covid-19 mulai 18 Mei

Petugas-kesihatan-membuat-ujian-calitan-kepada-peserta-Saringan-Komuniti-Covid-19-secara-percuma-di-Dewan-Orang-Ramai-Titiwangsa-Hulu-Langat-pada-10-Mei-2021.jpg

Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 16 MEI: Program saringan percuma Covid-19 anjuran Kerajaan Negeri yang berhenti seketika sempena Syawal bersambung pada Selasa depan.

Pengurus Klinik Selcare, Mohd Noor Md Nasir berkata ujian serentak dijalankan di Dewan Serbaguna MPAJ dan Dewan Serbaguna MPAJ AU2 mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Saringan berikutnya di Sungai Tua (Dewan Seri Siantan) dan Gombak Setia (Dewan Beringin) pada 19 Mei dikuti 20 Mei di Rawang (Dewan Batu 17) dan Taman Templer (Dewan Seroja Kampung Bendahara).

Advertisement

“Inisiatif diteruskan di Kuang (Dewan Serbaguna Kuang) dan Seri Kembangan (Dewan Serbaguna Seri Kembangan) pada 21 Mei,” kata Mohd Noor Md Nasir, lapor Selangorkini.

Beliau turut menyeru orang ramai memanfaat program tersebut berikutan hampir keseluruhan kes positif melibatkan pesakit tanpa gejala.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Advertisement

Setakat ini seramai 8,585 individu disaring melibatkan Dewan Undangan Negeri Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai dan Dusun Tua, Lembah Jaya dan Pandan Indah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 388 kes Covid-19 dikesan dengan hampir keseluruhan melibatkan pesakit tanpa gejala.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top