BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor sumbang RM2 juta baucar e-Bazar Tahun Baharu Cina

e-bazar-selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 2 FEB: Kerajaan Selangor menyediakan baucar pembelian dengan peruntukan RM2 juta untuk dimanfaatkan menerusi Selangor e-Bazar Tahun Baharu Cina.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata orang ramai boleh menebus baucar tersebut menerusi kempen jualan dalam talian yang bermula hari ini sehingga 7 Mac.

“Bagi menambahkan kemeriahan Tahun Baharu Cina tahun 2021, kempen ini dilancarkan bagi menggalakkan pembelian menerusi platform Shopee dan Lazada.

Advertisement

“Lebih 20,000 Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dijangka akan menawarkan pelbagai produk pilihan kegemaran ramai sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu sebelum ini, Exco Industri dan Perdagangan Datuk Teng Chang Khim berkata kempen berkenaan menyasarkan penyertaan 25,000 PKS serta mikro termasuk 12,500 penjual baharu.

Beliau menambah inisiatif itu bagi menerapkan pendigitalan dalam perniagaan terutama mendepani cabaran pasca Covid-19, selain menyediakan platform yang selamat untuk pengguna mendapatkan pelbagai jenis barangan dengan harga berpatutan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top