BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor sedia lulus lesen sementara niaga depan rumah, hanya pandu lalu

Rodziah-Ismail.jpg

Gambar Ehsan FB Rodziah Ismail

Advertisement

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Negeri akan membuka permohonan lesen sementara kepada peniaga bagi menjalankan perniagaan di hadapan rumah.

Exco pembangunan usahawan berkata inisiatif itu diluluskan pada Mesyuarat Exco dua minggu lalu membolehkan mereka berniaga tanpa perlu mencari lokasi lain khususnya di tepi jalan yang dibimbangi boleh mengganggu aliran trafik.

“Usaha ini untuk menggalakkan peniaga-peniaga tampil ke hadapan memohon lesen dan mematuhi beberapa peraturan seperti membuat suntikan (tifoid) jika menjual makanan serta mematuhi aspek kebersihan.

Advertisement

“Lesen itu kita beri setahun dan perlu diperbaharui setiap tiga bulan untuk kita lihat mereka konsisten berniaga atau tidak.

“Mereka hanya dibenarkan berniaga secara pandu lalu sahaja,” kata Rodziah, lapor Media Selangor.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Dialog Grow 2020 di Dewan Jubli Perak, Selasa lalu.

Advertisement

Beliau menjelaskan menerusi insiatif ini juga peniaga yang konsisten berpeluang ditawarkan tempat yang lebih strategik bagi meneruskan perniagaan sekiranya berminat.

Rodziah berkata pengumuman rasmi mengenai program ini akan dibuat Dato’ Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top