BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor sedia 50,000 dos untuk program vaksin bergerak

ppv-bergerak-selangor-selvax.jpg

Gambar Hiasan / Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

KLANG, 12 SEPT: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak 50,000 dos pelalian untuk program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak, kata Exco Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau menjelaskan suntikan pelalian program vaksin bergerak itu menggunakan bekalan dos Selvax Komuniti yang diberikan secara percuma kepada penduduk Selangor.

“Bagi program ini dua kenderaan digunakan iaitu bas bergerak iaitu 500 dos sehari dan klinik van bergerak yang dipinjamkan oleh Hospital Avisena yang mampu memberi suntikan 250 dos.

Advertisement

“Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari juga menyatakan kesediaan untuk mengeluarkan lagi bekalan vaksin sekiranya peruntukan 50,000 dos ini habis digunakan,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Selvax bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang di Kompleks Pasar Besar Meru, hari ini.

Dr Siti Mariah turut menggalakkan orang ramai untuk berdaftar dan memberi nama di pejabat wakil rakyat masing-masing berbanding terus hadir ke lokasi Selvax bergerak.

Advertisement

“Sekiranya berdaftar di pejabat wakil rakyat mereka menerima baucar atau nombor dan slot disediakan berbanding hadir terus. Jika DUN yang mereka ingin daftar penuh boleh juga memberi nama di DUN berhampiran,” katanya.

Program Selvax bergerak yang bermula hari ini diadakan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan vaksin Covid-19.

Untuk permulaan Selvax bergerak melibatkan 11 DUN bermula di DUN Bandar Baru Klang dari 9 pagi hingga 5 petang. Program selama seminggu itu juga membabitkan DUN Batu Tiga, Tanjung Sepat, Hulu Bernam, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Batang Kali, Banting, Teratai, Dengkil dan Kampung Tunku.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top